Thursday, 18 October 2012

KERAJAAN AUTOKRASI




Pemerintahan Kerajaan Malaysia adalah kukuh besi sama seperti Kerajaan Irqa dan Syria.Pada era pentadbiran British di sabah,keharmonian setiap bangsa dan agama itu sentiasa dijaga,walaupun belum membangun.Pembantukan Malaysia 1963, bukanlah satu persetujuan para pemimpin sabah,tetapi dibayangi penipuan dan pembohongan.

Sejak sabah dan sarawak bersetuju membentuk kerajaan persekutuan Malaysia,kehidupan dan hak-hak pribumi tempatan terus terpinggir daripada segala arus pembangunan sosioekonomi, kerana kuasa ditangan pemimpin malaya.Pemimpin tempatan diikat dengan wang ringgit dan di takutkan dengan tahanan ISA jika bersuara hak-hak mereka.

Di manakah perginya hak Demokrasi yang disebut-sebutkan selama ini? Yang pastinya kerajaan Demokrasi itu,hanyalah permainan kata-kata pemimpin malaya untuk memperbodohkan rakyat sabah dan sarawak.Hari ini,bukan semua rakyat sabah dan sarawak boleh diperbodohkan walaupun tidak mempunyai pendidikan yang baik.

Untuk menguatkan pengaruh pemimpin malaya ke atas sabah dan sarawak,pemimpin malaya telah menipulasikan penduduk sabah dengan mengwujudkan projek IC untuk pandatang asing sebagai pengundi mereka.Asas pembangunan di sabah dan sarawak seperti jalan raya, elektrik,pendidikan,air dan kesihatan di politikkan,ini menyebabkan pembanguan luar bandar masih jauh ketinggalan.

Sesiapapun yang menjadi pemimpin utama negara malaysia,pembangunan sabah dan sarawak itu tetap tidak akan berubah kerana agenda malaya hanya orang malaya,rakyat sabah dan sarawak hanya berharga 5% atau 20% sahaja daripada hasil minyak dan cukai kerajaan.

SABAH,SARAWAK NEGARA KAYA DAN MAJU




Sumber hasil bumi di sabah dan sarawak,begitu banyak dan berharga.Jika kekayaan ini digunakan di sabah dan sarawak sahaja,sudah tentu sabah dan sarawak akan menjadi lebih kaya dan maju berbanding malaya.

Keuntungan minyak dan hasil pungutan cukai di sabah dan sarawak,sudah cukup untuk memperkayakan rakyat tempatan.Rakyat sabah dan sarawak harus mencari jalan agar kekayaan ini akan menjadi milik sepenuhnya kepada rakyat sabah dan sarawak.Jika semua hasil kekayaan ini masuk di sabah dan sarawak,sudah tentu pembangunan dapat dilakukan dengan baik dan teratur serta kemudahan awam dapat disediakan dengan baik.

Kepentingan kepada belia pencari pekerjaan juga dapat disediakan jika banyak industry dijalankan di sabah dan sarawak,dan ini boleh meningkatkan pendapatan keluarga dan juga mengurangkan penghizarahan rakyat sabah dan sarawak ke luar negara untuk mencari pekerjaan.

Wednesday, 17 October 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA BANYAK MEMBUNUH PENGGUNA JALANRAYA



Setiap tahun kes kematian pengguna jalan raya membimbangkan kerajaan dan ini boleh menyebabkan banyak wang digunakan untuk memperbaikai kemudahan awam dan kenderaan setiap tahun.Selama ini,pihak kerajaan banyak menyalahkan orang ramai kerana lalai dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.Apa yang menjadi fakta penyelidikan saya selama ini dan melihat kes-kes kemalangan jalan raya yang berlaku bukanlah disebabkan orang ramai gagal mengikuti peraturan jalan raya,tetapi punca utama penyebab berlakunya banyak kemalangan jalan raya ialah SAMAN.

Orang yang baik perketi dan berhikmah ketika memandu dijalan raya akan hilang kewarasan dan pertimbangan juga apabila menerima saman.Pengguna jalan raya memilih untuk melanggar peraturan itu kerana mereka merasa tidak puas hati dan tertekan dengan denda yang mereka terima.

Ini bererti kerajaan Malaysia telah menyebabkan pembunuhan ramai pengguna jalan raya tanpa mereka sedari dan ini menunjukkan kerajaan juga telah gagal menyelamatkan pengguna jalan raya.Antara saman yang menyebabkan kewarasan dan pertimbangan seseorang pengguna jalan raya itu hilang ialah apabila mereka diberikan saman seperti saman ekor ( Hadlaju tanpa disedari ) kesalahan parking dan juga cukai jalan.

Apa yang rakyat mahukan daripada kerajaan adalah satu bentuk kebebasan yang disusuli dengan peraturan dan biarkan pengguna jalan raya itu sendiri yang menilai kebaikan kerajaan,dengan cara ini,orang ramai sendiri akan berfikir dan menghargi usaha kerajaan dan ini boleh memberikan kesegaran pemikiran pengguna jalan raya dan boleh mengurangkan kemalangan jalan raya.

Pihak kerajaan seharusnya memberikan beberapa bentuk kebebasan sebagai penghormatan kepada rakyat yang menyokong kedudukan mereka dalam kerajaan.

SABAH PERLU BANYAK KILANG



Sabah dan Sarawak adalah punca tanah malaya hari ini menjadi pesat pembangunan dan pesat dengan sosioekonomi rakyat mereka.Kenapa rakyat sabah dan sarawak perlu datang ke tanah malaya untuk mencari pekerjaan,sedangkan di sabah dan sarawak masih banyak tanah kosong untuk dibina kilang-kilang.

Apa yang berlaku dengan tanah-tanah di sabah hari ini ialah habis dirampas oleh syarikat besar yang tidak memberikan apa-apa kepentingan kepada rakyat sabah,khususnya mereka yang mencari pekerjaan.Isu Kabotaj itu tidak boleh dipakai di Malaysia kerana pembantukan malaysia adalah kuasa sama rata dan masing-masing menguasai cukai sendiri.

Dalam erti kata yang lain,sabah dan sarawak memerlukan banyak kilang untuk mengubah kehidupan belia masa akan datang.

KERAJAAN MALAYSIA GAGAL TUNAI ISU KESELAMATAN



Asas pertama pembentukan Malaysia ialah keselamatan kepada sabah dan sarawak.Jika dilihat daripada kaca mata dunia,janji keselamatan yang dipersetujui ketika mula berunding membentuk Malaysia itu JANJI TIDAK DITEPATI,sebagai bukti yang nyata dan benar ialah kehadiran pendatang asing di sabah yang dipanggil sendiri oleh pemimpin Malaya dan diberikan IC atau Mykad.

Contoh yang lain ialah kes berdarah di Tingkayu,yang mengorbankan orang tempatan yang dibantu oleh pihak polis sendiri,dan penjenyah itu sehingga hari ini tidak ditangkap dan dihukum.Ini sangat merbahaya kepada rakyat sabah dan sarawak.Kerajaan Malaysia sebenarnya dengan sengaja membiarkan penjenayah dan orang asing tinggal di sabah kerana pemimpin malaya mahu rakyat sabah dan sarawak tidak berani menuntut keluar daripada Malaysia.

Masa akan tiba,apabila suara rakyat tidak lagi boleh dihentikan,maka sabah dan sarawak pasti akan keluar dalam malaysia.Perkara ini tiada siapa yang boleh menghalang kehendak rakyat sabah dan sarawak.

MINYAK SABAH DAN SARAWAK



Perjanjian 20 perkara begitu jelas,menyatakan bahawa segala sumber dan hasil di bumi sabah dan sarawak adalah hak mutlak negara sabah dan sarawak.Kerajaan Malaysia tidak ada hak untuk menentukan kekayaan sabah dan sarawak.

Kalau selama ini kerajaan malaysia hanya memberi 5% hasil minyak dan cukai kerajaan, maka perkara ini perlu diperbaiki dan dikaji semula melalui perjanjian Malaysia dan perjanjian 20 perkara,yang pastinya minyak sabah di bumi sabah dan sarawak adalah milik sepenuhnya oleh orang sabah dan sarawak.

Jangan ada mana-mana parti politik di Malaysia meletakkan syarat naik 20% jika mereka memerintah,kerana minyak itu bukan hak mereka untuk menentukan berapa yang sabah dan sarawak dapat,tetapi sabah dan sarawak yang menentukan berapa yang menjadi hak tanah malaya sebagai sumbangan pembentikan Malaysia.

MENGKAJI SEMULA PERJANJIAN MALAYSIA

Perjanjian Malaysia harus dikaji semula untuk kesinambungan kehidupan rakyat sabah dan sarawak.Kekayaan dan kuasa autonomi sabah dan sarawak harus dituntut kerana pemimpin malaya telah merampas dan menjajah hak dan kepentingan rakyat Borneo sabah dan sarawak selama ini.