Wednesday 17 October 2012

UNDANG-UNDANG MALAYSIA BANYAK MEMBUNUH PENGGUNA JALANRAYA



Setiap tahun kes kematian pengguna jalan raya membimbangkan kerajaan dan ini boleh menyebabkan banyak wang digunakan untuk memperbaikai kemudahan awam dan kenderaan setiap tahun.Selama ini,pihak kerajaan banyak menyalahkan orang ramai kerana lalai dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.Apa yang menjadi fakta penyelidikan saya selama ini dan melihat kes-kes kemalangan jalan raya yang berlaku bukanlah disebabkan orang ramai gagal mengikuti peraturan jalan raya,tetapi punca utama penyebab berlakunya banyak kemalangan jalan raya ialah SAMAN.

Orang yang baik perketi dan berhikmah ketika memandu dijalan raya akan hilang kewarasan dan pertimbangan juga apabila menerima saman.Pengguna jalan raya memilih untuk melanggar peraturan itu kerana mereka merasa tidak puas hati dan tertekan dengan denda yang mereka terima.

Ini bererti kerajaan Malaysia telah menyebabkan pembunuhan ramai pengguna jalan raya tanpa mereka sedari dan ini menunjukkan kerajaan juga telah gagal menyelamatkan pengguna jalan raya.Antara saman yang menyebabkan kewarasan dan pertimbangan seseorang pengguna jalan raya itu hilang ialah apabila mereka diberikan saman seperti saman ekor ( Hadlaju tanpa disedari ) kesalahan parking dan juga cukai jalan.

Apa yang rakyat mahukan daripada kerajaan adalah satu bentuk kebebasan yang disusuli dengan peraturan dan biarkan pengguna jalan raya itu sendiri yang menilai kebaikan kerajaan,dengan cara ini,orang ramai sendiri akan berfikir dan menghargi usaha kerajaan dan ini boleh memberikan kesegaran pemikiran pengguna jalan raya dan boleh mengurangkan kemalangan jalan raya.

Pihak kerajaan seharusnya memberikan beberapa bentuk kebebasan sebagai penghormatan kepada rakyat yang menyokong kedudukan mereka dalam kerajaan.

No comments:

Post a Comment