Monday 29 October 2012

PEMBANGUNAN DI SABAH DIPOLITIKKAN


Sabah dan Sarawak harus keluar Malaysia untuk mengajar pembangunan seperti mana yang sedang berlaku di Semenanjung hari ini,tempoh 50 tahun sudah cukup kita memberikan peluang kepada malaya untuk memerintah kita,tetapi mereka gagal untuk memenuhi syarat pembentukan Malaysia.

Segala bentuk pembangunan di sabah dan sarawak di politikkan oleh pemimpin Malaya untuk kepentingan kuasa dan politik mereka.Kalau kita melihat jalan raya dan keretapi yang sedang membangun di disetiap negeri di Semenanjung telah dilaksanakan tanpa permohonan,tetapi melalui perancangan pemimpin mereka.

Ini bererti,pembangunan di sabah dan sarawak hanya berlaku apabila pilihanraya sahaja.Apakah kita mahu  terus dibuli dan ditindas dari segi pembangunan ini? kalau kita mahu mengubah nasib kita dan ingin menjadi tuan kepada Negara kita sendiri,marilah kita bersatu dalam suara untuk menuntut hak-hak kita.

No comments:

Post a Comment