Wednesday 17 October 2012

MINYAK SABAH DAN SARAWAK



Perjanjian 20 perkara begitu jelas,menyatakan bahawa segala sumber dan hasil di bumi sabah dan sarawak adalah hak mutlak negara sabah dan sarawak.Kerajaan Malaysia tidak ada hak untuk menentukan kekayaan sabah dan sarawak.

Kalau selama ini kerajaan malaysia hanya memberi 5% hasil minyak dan cukai kerajaan, maka perkara ini perlu diperbaiki dan dikaji semula melalui perjanjian Malaysia dan perjanjian 20 perkara,yang pastinya minyak sabah di bumi sabah dan sarawak adalah milik sepenuhnya oleh orang sabah dan sarawak.

Jangan ada mana-mana parti politik di Malaysia meletakkan syarat naik 20% jika mereka memerintah,kerana minyak itu bukan hak mereka untuk menentukan berapa yang sabah dan sarawak dapat,tetapi sabah dan sarawak yang menentukan berapa yang menjadi hak tanah malaya sebagai sumbangan pembentikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment