Sunday 21 October 2012

MEMORANDUM 20 PERKARA.


MEMORANDUM  20 PERKARA.


PERKARA 1: AGAMA .(sudah dilanggar) 

"walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama rasmi tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut pelembangaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara."

PERKARA 2: BAHASA.(telah dimansuhkan) 

"(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari malaysia.                              
(c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri   mahupun persekutuan tanpa had tempuh."

PERKARA 3: PERLEMBAGAAN.(sudah dilanggar) 

"walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara sudah tentu perlu."

PERKARA 4: KETUA PERSEKUTUAN.

"ketua negara borneo utara tidak boleh menjadi ketua negara persukutan."


"Malaysia" bukannya "melayu raya".

PERKARA 6: IMIGRESEN.(sudah dilanggar) 

"kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan.

borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergarakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajaan persekutuan di borneo utara."

PERKARA 7: HAK BERPISAH.(sudah dilanggar) Singapura telah dikeluarkan. 

"tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan."

PERKARA 8: BORNEOSASI.(sudah dilanggar) 

"pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin."

PERKARA 9: PEGAWAI BRITISH.(sudah dilanggar) 

"segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari borneo utara."

PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN.(sudah dilanggar) 

"saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

(a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;
(b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepulah tahun" dan bukkannya "lapan daripada dua belas tahun"; dan
(c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia mestilah menjadi warganegara persekutuan."

PERKARA 11: TARIF DAN KEWANGAN.(sudah dilanggar) 

"borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya sendiri."
                
PERKARA 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA.( telah dimansuhkan )

"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka malaya yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk borneo utara."

PERKARA 13: kerajaan negeri.(sudah dilanggar) 

"(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak rasmi;
(b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara."

PERKARA14: TEMPOH PERALIHAN.(sudah dilanggar) 

"tempoh tujuh tahun peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan."

PERKARA15: PELAJARAN.(sudah dilanggar) 


PERKARA16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN .(sudah dilanggar) 


PERKARA17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN .(sudah dilanggar) 

"ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga saiz dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada singapura."

PERKARA18: GELARAN KETUA NEGARA .(sudah dilanggar).

"Yang di Pertua Negara"

PERKARA19: NAMA NEGERI.
“sabah”

PERKARA20: TANAH,HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN .(sudah dilanggar)

"peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan juga tidak harus merangkumi borneo utara."

Pencorobohan minyak di perairan Laut Sabah dan Sarawak,Pengambilan Tanah-tanah rakyat tempatan,Cukai dan hasil tanah telah diambil oleh Kerajaan Pusat

No comments:

Post a Comment