Sunday 28 October 2012

SON SALURAN MASALAH SABAH DAN SARAWAK


Suara sabah dan sarawak harus lantang dan tegas untuk menuntut supaya perjanjian malaysia dikaji semula melalui pihak british.Jika perjanjian itu sudah dilanggar oleh pemimpin malaya,maka rakyat sabah dan sarawak berhak berpisah daripada jajahan malaya.

Saya katakan dengan tegas dan terang di sini,bahawa tidak ada seorang pemimpin di sabah dan sarawak hari ini yang berjuang untuk kebebasan kita selain daripada suara rakyat itu sendiri.Suara rakyat lebih berkuasa daripada kerajaan dan seorang pemimpin. 

Saya meminta kepada rakyat sabah dan sarawak supaya menyokong perjuangan SON dan bersuara bagi SON di mana-mana.Kita jangan takut,kerana dunia sedang melihat kita,dan kita bukan penjenayah tetapi kita adalah pejuang kebebasan negara kita sabah dan sarawak.

No comments:

Post a Comment