Wednesday 17 October 2012

KERAJAAN MALAYSIA GAGAL TUNAI ISU KESELAMATAN



Asas pertama pembentukan Malaysia ialah keselamatan kepada sabah dan sarawak.Jika dilihat daripada kaca mata dunia,janji keselamatan yang dipersetujui ketika mula berunding membentuk Malaysia itu JANJI TIDAK DITEPATI,sebagai bukti yang nyata dan benar ialah kehadiran pendatang asing di sabah yang dipanggil sendiri oleh pemimpin Malaya dan diberikan IC atau Mykad.

Contoh yang lain ialah kes berdarah di Tingkayu,yang mengorbankan orang tempatan yang dibantu oleh pihak polis sendiri,dan penjenyah itu sehingga hari ini tidak ditangkap dan dihukum.Ini sangat merbahaya kepada rakyat sabah dan sarawak.Kerajaan Malaysia sebenarnya dengan sengaja membiarkan penjenayah dan orang asing tinggal di sabah kerana pemimpin malaya mahu rakyat sabah dan sarawak tidak berani menuntut keluar daripada Malaysia.

Masa akan tiba,apabila suara rakyat tidak lagi boleh dihentikan,maka sabah dan sarawak pasti akan keluar dalam malaysia.Perkara ini tiada siapa yang boleh menghalang kehendak rakyat sabah dan sarawak.

No comments:

Post a Comment