Thursday 18 October 2012

KERAJAAN AUTOKRASI




Pemerintahan Kerajaan Malaysia adalah kukuh besi sama seperti Kerajaan Irqa dan Syria.Pada era pentadbiran British di sabah,keharmonian setiap bangsa dan agama itu sentiasa dijaga,walaupun belum membangun.Pembantukan Malaysia 1963, bukanlah satu persetujuan para pemimpin sabah,tetapi dibayangi penipuan dan pembohongan.

Sejak sabah dan sarawak bersetuju membentuk kerajaan persekutuan Malaysia,kehidupan dan hak-hak pribumi tempatan terus terpinggir daripada segala arus pembangunan sosioekonomi, kerana kuasa ditangan pemimpin malaya.Pemimpin tempatan diikat dengan wang ringgit dan di takutkan dengan tahanan ISA jika bersuara hak-hak mereka.

Di manakah perginya hak Demokrasi yang disebut-sebutkan selama ini? Yang pastinya kerajaan Demokrasi itu,hanyalah permainan kata-kata pemimpin malaya untuk memperbodohkan rakyat sabah dan sarawak.Hari ini,bukan semua rakyat sabah dan sarawak boleh diperbodohkan walaupun tidak mempunyai pendidikan yang baik.

Untuk menguatkan pengaruh pemimpin malaya ke atas sabah dan sarawak,pemimpin malaya telah menipulasikan penduduk sabah dengan mengwujudkan projek IC untuk pandatang asing sebagai pengundi mereka.Asas pembangunan di sabah dan sarawak seperti jalan raya, elektrik,pendidikan,air dan kesihatan di politikkan,ini menyebabkan pembanguan luar bandar masih jauh ketinggalan.

Sesiapapun yang menjadi pemimpin utama negara malaysia,pembangunan sabah dan sarawak itu tetap tidak akan berubah kerana agenda malaya hanya orang malaya,rakyat sabah dan sarawak hanya berharga 5% atau 20% sahaja daripada hasil minyak dan cukai kerajaan.

No comments:

Post a Comment