Sunday 21 October 2012

KERAJAAN MALAYSIA HARAM BERDASARKAN PERJANJIAN MALAYSIA




Tanpa adanya memorandum 18/20 perkara,Negara Malaysia tidak ada hari ini.Perjanjian Malaysia yang ditandatangani itu,dapat dilakukan oleh kerana adanya perjanjian 18/20 yang dibuat oleh pemimpin sabah dan sarawak.Dengan jelas pemimpin malaya telah menurunkan status sabah dan sarawak daripada Negara kepada negeri ke 12 dan ke 13 tanpa merujuk dewan negeri,dan ini satu tindakan menipu dan biadap kerana melanggar perjanjian Malaysia.

Negara Malaysia wujud kerana penggabungan 5 Negara: Sabah,Sarawak,Singapura dan persekutuan tanah Melayu atau Malaya.Ini bererti hanya 4 buah Negara sahaja yang menandatangani perjanjian Malaysia dan bukannya 14 buah negeri.Malaysia seharusnya memasukkan perkara 18/20 dalam perlembagaan persekutuan Malaysia agar kepentingan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak terjamin berkekalan dan kemajuan dapat dilakukan serentak dengan malaya.

Kerajaan Malaysia adalah haram untuk menjalankan pemerintahan mereka,kerana perjanjian peringkat pertama sudah batal kerana Brunei tidak bersetuju membentuk Malaysia dan kemudian Tunku Abdul Rahman telah menyingkir singapura daripada rakan kongsi.Seharusnya perjanjian Malaysia itu harus dikaji semula melalui british apabila singapura telah ditendang daripada gagasan rakan kongsi membentuk Malaysia.


No comments:

Post a Comment