Thursday 18 October 2012

SABAH,SARAWAK NEGARA KAYA DAN MAJU




Sumber hasil bumi di sabah dan sarawak,begitu banyak dan berharga.Jika kekayaan ini digunakan di sabah dan sarawak sahaja,sudah tentu sabah dan sarawak akan menjadi lebih kaya dan maju berbanding malaya.

Keuntungan minyak dan hasil pungutan cukai di sabah dan sarawak,sudah cukup untuk memperkayakan rakyat tempatan.Rakyat sabah dan sarawak harus mencari jalan agar kekayaan ini akan menjadi milik sepenuhnya kepada rakyat sabah dan sarawak.Jika semua hasil kekayaan ini masuk di sabah dan sarawak,sudah tentu pembangunan dapat dilakukan dengan baik dan teratur serta kemudahan awam dapat disediakan dengan baik.

Kepentingan kepada belia pencari pekerjaan juga dapat disediakan jika banyak industry dijalankan di sabah dan sarawak,dan ini boleh meningkatkan pendapatan keluarga dan juga mengurangkan penghizarahan rakyat sabah dan sarawak ke luar negara untuk mencari pekerjaan.

No comments:

Post a Comment